2.2.10

datuk harimau

harimau datang berlari lari. dileher ade sebiji pick guitar. mungkin yang diberikan oleh jack black.
rupanya itu adalah datuk harimau. dia menceritakan ape yang berlaku dalam dunia hiburan haiwan. banyak haiwan yang membunuh diri sebab kecewa kenapa faizal tahir tak menang jadi juara lagu. diorang dah tak tengok sehati berdansa. membazir kata datuk harimau. skrg mereka duk pakat tengok so you think you can dance versi siam.

mereka pun skrg dah mula minat penyanyi evergreen. mutalib rajis.

17.1.10

rindu

dah nak start sem baru

bermula satu lagi sesi terapi
mungkin kali ni lagi ekstrem
memandangkan adenya kira2 dan ilmu alam
cabaran kali ni
rasa tercabar

aku terpana dengan entri sahabat

indah, berhemah, halus, lembut dan santun

kurniakan aku insan sepertinya, amin.

2.1.10

planning 2010

taun lepas, wa dah amik bende ni dua jenis











plus this















wa ingat la, nak beli jam la plak taun ni




31.12.09

azam 1431

azam lama dulu - dulu

  • nak dpt keje tetap - tercapai! , tapi aku masih tak ske. dekat2 ujung taun ni la monyet2 buat hal.
  • nak bagi ibu aku 100 sebulan - hah, dah bagi, siap bagi lcd 42 inci lagi, sama crocs ngan henpon.keh keh keh
  • nak setel utang - ho...utang banyak o...komitmen baru

azam tahun baru 1430 hijrah yang lepas yang nak direnew balik
  • nak jadik hamba-Nya yang lebih baik - ini sentiasa, alhamdulillah, aminnnn..
  • nak berjimat cermat..takleh ni, wa dah spend 2k only for safety glasses..haishhh...
  • mau tgk dalam akaun bank ujung taun ade paling kurang 5 ribu - hah, misi complete dan tercapai. 10k wo...!!!
  • keje jadik yang terbaik - aku wat yang terbaik dah, komitmen 300%, tapi bos pandang takde mata langsung, skrg ni masuk pulak virus2 yang macam virus2 babun, memang monyet la, nanti wa panggil dosh suh inspect tempat keje wa baru tau..kah kah kah.
  • start kumpul aset taun nih - takde aset lagi..tengah mengadjust utk membeli umah.keh keh keh..tapi wa dah ade moto kecik, takpe la, asalkan itu adalah kenderaan, tak kisahla keta ke, moto ke, bus mini ke, yang penting ianya adalah kenderaan.
  • nak bela kambing..hahahaha - ni angan2 kanak2 mental

kata kata kaki - aku mmg akan dapat ape yang aku cita2 kan..macam yang lepas2..aku percaya..rezeki dari-Nya

tahun baru 1431
  • aku nak renew azam yang lepas2..keh keh keh

25.12.09

review

Jalan ari nih masih lagi kering, elok untuk bot2 kecil dan sederhana. Aku bukan tak suka berjalan, tapi masa rehat baik digunakan betul2 untuk rehat. Esok atau lusa, hal kerja datang terjah kepala balik, ah..pikir, mau pegi buang bulu2 kepala la, jadi macam pep guardiola. Berbulu halus saja seakan halusinasi di Dubai.

Minggu depan, tahun 2010. Kejap je rase2, bila dihitung dan dikira, dah dekat 185ribu dihabiskan masa untuk membaca buku pada tahun ni, tapi hanya 16 jam saje yang betul2 serius ketika pembacaan. Jumlah jam tido pula melebihi masa kecederaan. Hujung2 tahun, ekonomi agak baik, menandakan bermulanya era seluar dalam anti bakteria Levi's. Item tu must buy tahun depan. Banyak benda yang perlu difikirkan secara serius, antaranya, rumah semi-d, study dan juga toyota hilux. Ah..kebarangkalian untuk memegang kunci rumah sendiri adalah tipis, tapi bleh dicuba selagi termampu. Walaubagaimanapun, Levi's akan menjadi penaja rasmi pakai memakai tahun depan, sementara ray ban dan rudy project akan jadi penaja bahagian mata.

Kerja semakin menjadi lebih stabil. kerja dan pelajaran merupakan target utama tahun hadapan. Bukan gila kerja, tapi itu adalah satu kemestian dan keseriusan adalah perlu memandangkan umur dah makin tua. Diharap dengan kepulangan bos dari Mekah akan lebih melembutkan hatinya tahun depan untuk menaikkan sedikit salary, biar tahun depan, jumlah wang terkumpul membolehkan aku membeli kelab terkemuka german, Bayern Munich. Bleh la aku serap beberapa pemain T-team masuk peringkat antarabangsa.
Mesti nanti aku bleh dapat Datuk seri.

15.12.09

hari bosan

ali masih lagi terpinga pinga. panggilan dari bos nye sebentar tadi betul2 membingungkan. baru habis beribadat, dah kena tanye ngan bermacam soklan cepumas dan juga soklan sms. mane ade masa utk ali taip atau jawab soklan tu berikutan masa kecederaan yang berlarutan.

"datang kompleks, wa citer.." ali keras2 batu kata kat bos dia macam tu.

ali dah lewat, zohor dah siap, cuma pakai baju keje saje. dia gegas. stat motobot. nak ikut jalan air, sebab nanti petang, jalan darat mesti jem, sebab trak askar akan penuh kat jalan. lagi satu mungkin ade fru yang akan datang nak serang penyokong beliau2 yang korupsi merusuh kat jalan. time nak start motobot, ali nampak 3 bijik bas yang agak besor. kat badan bas ade tulis,

"trip ke sukan sea laos 2009, warkhhh!!..wa datang, pemuda pemuda asia."

"eh, sukan sea dah start ke ??..." getus ali, ali pun salah sorang peminat sukan dan dia kipas susah mati herman majid ngan nornikman mesri. tapi macam takde pape pun yang jadik, memandangkan takde pon pengumuman kat mane2 tv malaysia. lagipun, german tak main sukan sea. german tu negara kelahiran ali.

ali tak pikir panjang, dia dah start pulas throttle bot, sampai kat kompleks betul2 jam 2 ptg, takde sape kat situ, cuma kelihatan dari jauh, kawan dia, beruang tengah duk selongkar sarang lebah madu kat pokok kelapa sawit. yang sorang lagi kelihatan tengah duk menggelupur kesakitan. ali tau, mesti yang menggelupur tu tengah fight ngan sakit perut yang teruk.

"hah, awal nye kau datang ali.." sapa beruang dengan mulut penuh ngan madu dan sarang lebah, ade 2 3 ekor lebah kat dalam lubang idung dia. ali cuma rilek, sebab keadaan terkawal memandangkan dia dah pakai ppe yang cukup.

"ha'ah..bos nak jumpa aku le beruang, dia dah kol aku marah2 tadi"..ali start citer kat beruang. beruang cuma dengar, kadang2 tampar pipi dia berikutan lebah datang nak balas dendam.

kelihatan dari jauh, bos ali datang, tapi dia datang bukan ngan kereta kebal, tapi bawak forklift. FRU dah duk belakang sambil gunakan gas pemedih mata sebagai senjata melawan lebah. orang2 yang duk mogok tai sumer dah lari. ali pon start motobot trus balik umah.

sampai umah ali layan citer rocnrolla.

13.12.09

semalam 2

semalam ali dan kaizen sedang jalan2 lepak di meraga beris. satu tempat yang ade satu kedai makanan segera. layan kentaki dulu ape2 hal sebelum ali dan kaizen gegas melihat ragam manusia baru kenal dunia.

"lu nak singgah MM ka?, tengok makhluk asing men boling dulu" kata ali

"hah, idea bernas tu, baik kita tenang2 hati dulu"balas kaizen

trus dipacu caravan kat dalam ruang legar MM. ali dan kaizen turun macam tiada ape yang berlaku.

"hoh, main bola mende gitu, pas la kat membe mung tu, jangan main sekor.."dengar suara dari tempat futsal. ali ngan kaizen jenguk dalam futsal cage. ade sorang muka cam nikolas cage sedang duk sound kat member dia. lagak gaya dia cam pro, ngan kasut nike carbon, glove nike, baju singlet training nike, ngan seluar nike, macam gaya sorang yang ditaja oleh nike, macam cristiano ronaldo, tapi sayang, wajah cam adebayor rambut putih. jadi keeper, tangkap bola cam tangkap ayam..ali ngan kaizen pandang dari jauh saje. mesti brader yg jadi keeper tu igt, ali ngan kaizen ni brader dari pusat sukan nike dan adidas, memandangkan dress up ali ngan kaizen malam tu adalah bertemakan nike dan adidas.

kaizen ajak ali blah, tengok orang main boling plak. tengok keadaan semasa ngan waiting list pun dah sebabkan ketakutan. drogba main boling, nora danish duk tunggu dalam waiting list.

"jom blah weh, ramai paparazi". kata kaizen